mrsm
Web Rasmi MRSM PDRM www.mrsmkulim.edu.my

sejarah
Kewujudan sistem MRSM yang telah berjaya membuktikan kecemerlangan pelajar-pelajar bumiputera khususnya dalam bidang sains dan matematik telah menarik perhatian dan memberi dimensi baru kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan kerjasama dengan pihak MARA bagi menubuhkan sebuah MRSM khusus untuk anak-anak polis.
Justeru, pada 7 September 1991, satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara YB En. Tamrin Ghafar, Pengerusi MARA (bagi pihak MARA) dengan YDH Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara (bagi pihak PDRM).Hasil perjanjian ini, PDRM telah memilih Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3 di Jalan Junjong, Kulim Kedah sebagai kampus sementara dan kampus tetapnya dijangka akan dibina di Serendah Selangor. Walau bagaimanapun, akhirnya MRSM PDRM dikekalkan di Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim Kedah (dahulunya Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3).

Pendaftaran pertama kemasukan pelajar ke MRSM PDRM Kulim telah dibuat pada 5 Januari 1992. Seramai 200 orang pelajar (120 lelaki dan 80 perempuan) telah mendaftar sebagai pelajar perintis, manakala 15 orang guru telah dipilih untuk menjadi tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan turut membantu di bahagian pentadbiran. Pada masa yang sama, pihak PDRM telah menubuhkan Unit Penyelaras (UP) MRSM untuk mengurus kerja-kerja senggaraan, pembelian dan membantu aktiviti-aktiviti pelajar.